Rintihan Insani
Setiap insan pasti akan merintih dalam kehidupannya..Berbahagialah insan itu jika rintihan itu disandarkan pada Yang Esa.
About Me
- Sahrul Khair Bin Osman
- "Allah tahu kemampuan kita..Allah tahu kejahilan dan kebodohan kita..cuma kita tidak tahu di mana hendak cari Allah..carilah Allah dalam setiap denyut nadimu..carilah Allah dalam setiap hela nafasmu..carilah Allah dalam setiap gerak langkahmu..dan carilah Allah dalam setiap degup jantungmu..kau akan temui Allah sentiasa ada untukmu.."
Saturday, January 14, 2012
Friday, January 13, 2012
Thursday, April 28, 2011
Hidup Ini Lebih Indah Jika Segalanya KeranaMu
Hidup ini lebih indah
Jika segalanya keranaMu ya Allah
Jika segala niat dipasakkan untuk beribadat kepadaMu
Jika segala pandangan dilihat dari kaca mata dakwahMu
Jika semuanya adalah keranaMu
Hidup ini lebih indah
Jika segalanya keranaMu ya Allah
Jika mencintai insan lain hanya keranaMu
Jika ukhuwah yang terbina hanya di atas cinta padaMu
Jika khilaf itu dipasakkan kerana inginkan redhaMu
Jika semuanya adalah keranaMu
Hidup ini lebih indah
Jika segalanya keranaMu ya Allah
Jika keampunan itu dipohon dengan menyebut asmaMu
Jika tawakal itu disandarkan kepadaMu
Jika kemurungan itu dikembalikan kepadaMu
Jika segalanya adalah keranaMu
Hidup ini lebih indah
Jika segalanya keranaMu ya Allah
Jika rukuk ini kerana mencari redhaMu
Jika sujud ini kerana inginkan keampunanMu
Jika syahadah ini semata-mata keranaMu dan juga kekasihMu
Jika segalanya adalah keranaMu
Tetapi..
Hidup ini menjadi tidak indah
Jika bukan keranaMu ya Allah..
Jika tidak mengharap redhaMu
Jika tidak mahi mendamba kasih sayangMu
Jika tidak inginkan keampunanMu
Jika tidak mahu ke syurgaMu..
Ya Allah..
Jadikanlah hidupku ini indah hanya keranaMu ya Allah..
Amin...
Subscribe to:
Posts (Atom)