"Allah tahu kemampuan kita..Allah tahu kejahilan dan kebodohan kita..cuma kita tidak tahu di mana hendak cari Allah..carilah Allah dalam setiap denyut nadimu..carilah Allah dalam setiap hela nafasmu..carilah Allah dalam setiap gerak langkahmu..dan carilah Allah dalam setiap degup jantungmu..kau akan temui Allah sentiasa ada untukmu.."
Sahabatku… Engkaulah muslimin Yang ku lihat dari sudut pandangan yang berbeza daripada manusia lain Ujian yang perlu kau hadapi Bukanlah seperti ujian sahabat-sahabatku yang lain.. Ujian mu daripadaNya.. Tarbiyah secara tidak langsung dari Sang Maha Pencipta Ujian kepadamu memerlukan iman yang kuat Memerlukan semangat yang kental yang disulami dengan ketaqwaan.. Ku yakin Jika tiada iman dan taqwa bertakhta di hatimu Akan ku lihat dirimu di lembah kehinaan Bersama mereka yang tidak punya iman dan taqwa Ku bersyukur padaNya wahai sahabatku… Ku bersyukur kerana adanya dirimu untukku Memuhasabahkan diri ini… Ku pohon dariNya Agar dirimu dipelihara dan terpelihara Dari gelodak hawa nafsu Yang membisik lembut dan halus ke sanubarimu.. Akhirnya.. Ku lihat dirimu bersama dengan iman dan taqwamu Berdiri di atas manhaj ad-din yang diredhaiNya..
Tidak mahu ku akui tewas Biar menggunung badai menghempas Tidak mahu ku terus menangis Lantaran pujukan Mu cukup manis “Janganlah kamu bersikap lemah Dan Janganlah pula kamu bersedih hati Padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya Jika kamu orang yang beriman” ( Surah Ali Imran : 139 )