About Me

My photo
"Allah tahu kemampuan kita..Allah tahu kejahilan dan kebodohan kita..cuma kita tidak tahu di mana hendak cari Allah..carilah Allah dalam setiap denyut nadimu..carilah Allah dalam setiap hela nafasmu..carilah Allah dalam setiap gerak langkahmu..dan carilah Allah dalam setiap degup jantungmu..kau akan temui Allah sentiasa ada untukmu.."

Monday, December 28, 2009

Allahu Rabbi


Ya Allah..

Terkadang aku leka dengan dunia ini

Bukan terkadang….bahkan selalu….setiap masa…tidak pernah tidak..

Ya Allah..

Aku bukanlah hambaMu yang sejati

Tetapi aku bercita-cita untuk menjadi salah seorang daripadanya…

Apakah cita-cita ku akan kesampaian..?

Atau sekadar angan-angan yang ku sedar dan tahu tidak akan terjadi walau sedetik cuma…

Ya Allah…

Tidak ku ingin berjauhan dariMu walau ku tahu kau sentiasa dekat denganku..

Kerana

Setiap saat dan detik diriku berjauhan dariMu

Ku pasti diri ini akan hanyut dibawa arus gelora nafsu yang tidak pernah bertepi

Nafsu yang tidak pernah berhenti untuk dipuaskan..

Ya Allah…

Segala ketentuan di tanganMu..ku serahkan diri ini kepadaMu..

Bimbing dan pimpinlah hambaMu yang hina ini ya tuhan ku….Allau Rabbi….


No comments:

Post a Comment