About Me

My photo
"Allah tahu kemampuan kita..Allah tahu kejahilan dan kebodohan kita..cuma kita tidak tahu di mana hendak cari Allah..carilah Allah dalam setiap denyut nadimu..carilah Allah dalam setiap hela nafasmu..carilah Allah dalam setiap gerak langkahmu..dan carilah Allah dalam setiap degup jantungmu..kau akan temui Allah sentiasa ada untukmu.."

Tuesday, November 10, 2009

Akhirnya…

Sahabatku…
Engkaulah muslimin
Yang ku lihat dari sudut pandangan yang berbeza daripada manusia lain
Ujian yang perlu kau hadapi
Bukanlah seperti ujian sahabat-sahabatku yang lain..
Ujian mu daripadaNya..
Tarbiyah secara tidak langsung dari Sang Maha Pencipta
Ujian kepadamu memerlukan iman yang kuat
Memerlukan semangat yang kental yang disulami dengan ketaqwaan..
Ku yakin
Jika tiada iman dan taqwa bertakhta di hatimu
Akan ku lihat dirimu di lembah kehinaan
Bersama mereka yang tidak punya iman dan taqwa
Ku bersyukur padaNya wahai sahabatku…
Ku bersyukur kerana adanya dirimu untukku
Memuhasabahkan diri ini…
Ku pohon dariNya
Agar dirimu dipelihara dan terpelihara
Dari gelodak hawa nafsu
Yang membisik lembut dan halus ke sanubarimu..
Akhirnya..
Ku lihat dirimu bersama dengan iman dan taqwamu
Berdiri di atas manhaj ad-din yang diredhaiNya..

No comments:

Post a Comment