About Me

My photo
"Allah tahu kemampuan kita..Allah tahu kejahilan dan kebodohan kita..cuma kita tidak tahu di mana hendak cari Allah..carilah Allah dalam setiap denyut nadimu..carilah Allah dalam setiap hela nafasmu..carilah Allah dalam setiap gerak langkahmu..dan carilah Allah dalam setiap degup jantungmu..kau akan temui Allah sentiasa ada untukmu.."

Monday, November 9, 2009

Pemujuk duka


Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu

Yang mencipta segalanya,

Yang menampakkan ujian,

Yang menjadikan sakit hatimu

Yang membuat keinginanmu terhalang,

Yang menyusahkan hidupmu,

Pasti akan damailah hatimu,

Kerana masakan Allah sengaja

Mentakdirkan segalanya

Untuk sesuatu yang sia-sia,

Kerana bukan Allah tidak tahu

Deritanya hidupmu,

Retaknya hatimu,

Tapi mungkin itulah yang Dia mahu

Kerana Dia tahu

Hati yang sebeginilah

Yang selalunya

Lebih lunak dan mudah

Untuk dekat dan akrab

Dengan Nya.

No comments:

Post a Comment